Sunday, December 13, 2009

Inni akhafulLah

Sekian lama..banyak masa terpaksa dikorbankan..blog pun, tak dapat di 'update' atas kesibukan dunia..
Seringkali kehidupan kita ni dihambat dengan kesibukan dunia..membuatkan kita terkejar-kejar untuk menyelesaikan urusan demi urusan..lantas meletakkan ibadah kepadaNya di tempat kedua..
Peringatan buat diriku yang sering terlupa, juga sahabat seperjuanganku..takutlah kita pada Allah..kita mungkin terlalai daripada mengingatiNya..bukan itu sahaja, bahkan memperbanyakkan ibadah padaNya..ingatlah, itulah matlamat utama kita diciptakan..
' Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia..melainkan untuk beribadah kepadaKu..'(Al-Baqarah)
Ya Allah, ampunilah kami, kesibukan ini membuatkan kami terleka..mengabaikan diriMU..yang seharusnya menjadi tumpuan dan keutamaan hidup kami..
'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untukMu, Tuhan semesta alam..' (Al-Baqarah)..
Aku mohon ampun Ya Allah..aku hambaMu yang lemah lagi hina..

Wednesday, October 28, 2009

Kembara rohani..permulaan Haji
















Setelah hampir seminggu kami berada di Makkah, kini tiba hari Jumaat puncak (sehari sebelum ke 'Arafah)..waktu ni..bandar Makkah dah penuh dengan ketibaan jemaah dari seluruh pelusuk dunia..kalau dilihat dengan pandangan mata kasar kita..memang unbelievable..macam tak boleh nak bergerak..keadaan di kota Makkah..sesak sangat..memang terlalu sesak..terasa kita ni kerdil sangat..
Abah turut menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram..berseorangan tanpa adik mujahid dan muiz..sebabnya? keadaan yang terlalu sesak serta matahari yang berada tegak di atas kepala..adik-adik mungkin tak dapat menyesuaikan diri..tambah pula, esok adalah hari untuk bertolak ke 'Arafah, maka keadaan kesihatan perlu diambil berat.. (Selepas pulang, abah menceritakan keadaan bersolat Jumaat serta mendengar khutbah di bahagian teratas masjid..dengan keadaan panas terik..memerlukan kesabaran yang sangat tinggi..)
Waktu kami merakam gambar tersebut, para jemaah dalam perjalanan balik ke penginapan masing-masing..kami menentang arus untuk dapatkan gambar tersebut..
Sesuatu yang menyentuh hati, kelihatan para jemaah berpusu-pusu mendapatkan makanan yang disediakan (disedekahkan) oleh insan-insan yang berhati mulia..terutamanya di hari Jumaat, penghulu segala hari..
Memang satu kebiasaaan di kota Mekah ni, kerap ada insan berhati mulia yang memberi sedekah..kadang2, hanyalah sebotol air atau sepotong roti..begitu kecil nilaiannya di mata kita, tetapi..ia begitu besar untuk jemaah lain yang memang memerlukan serta..amat tinggi nilainya di sisi Allah..Subhanallah..
Situasi sebegitu di keliling kami..membuatkan kami turut juga terpanggil untuk memanjangkan sedekah (seperti makanan serta buah-buahan yang dibekalkan oleh pihak Tabung Haji..oleh kerana ahli keluarga kami yang agak ranai..ada jugak makanan yang lebih..)kepada insan-insan yang memerlukan..ia telah menjadi budaya yang sangat baik di sini.. Satu pengajaran yang sangat berharga..









Wednesday, September 16, 2009

Take a break..susahnya study..

~MY ELDER SIS..GRADUATION DAY..UiTM Shah Alam, 2009~

She took Diploma in Accountancy..and currently pursuing her studies in Professional Accountancy..called ACCA..which i never want to try to understand all the stuffs in it..tough? definitely yes..
(bayangkan dapat result test 51/100 pun dah happy sangat..yang penting lulus..isy3..sape nak lulus je..orang kan nak excellent..pelik2..tapi, itulah hakikatnya..kesukaran belajar yang dihadapi oleh ACCA students)
Do you want to learn more about ACCA..?..next time, Insya Allah..

Study..belajar..

Dua perkataan yang sangat sinonim dengan pelajar (nama pun pelajar..hihi)..baik di tadika, sekolah rendah, menengah, universiti..sampailah ke hujung nyawa..lamanya kena belajar..huhu

bak kata pepatah..'tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad'..see..we have to keep on learning..never stop kan?

Hmm..bagi pelajar (yang belajar secara formal kat sekolah, universiti etc), keadaan yang menuntut kita belajar secara formal secara terus-terusan..non-stop..kadang-kadang membuatkan kita jadi bosan untuk terus belajar..rasa macam dah penat..asyik asyik belajar jer..bak kata orang putih..sick and tired..^_^..
so, apa yang patut kita buat? yelah..nak bagi seronok belajar..sampai kita tertunggu-tunggu dan mencari-cari ilmu baru..

okay..here we go..

buat sahabat yang sentiasa mengeluh, mengenangkan kesusahan untuk belajar..jom, kita bantu diri kita..and especially for my colleague Amir as requested..


Satu perkongsian buat sahabat semua..

Belajar memang membosankan..bila sampai tahap maksimum..(disebabkan oleh assignments, presentations, tests, dan quizzes)..rasa macam dah tak nak belajar lagi..tapi, hakikatnya..kita mampu hadapinya dengan cemerlang..be positive guys..mesti boleh punya..

So, macam mana?

Pupuklah minda yang positif..sentiasa positif setiap masa..apa sahaja yang kita lakukan..hmm, antara perkara yang harus kita positifkan:


1. Kenapa kita belajar?

Tentunya untuk dapat result yang bagus..betul ke ni matlamat kita?..tahu tak..matlamat macam ni..it shows that we are an exam oriented person..belajar untuk exam je..whatever we do..we have to ensure we will get better and better result..huh..stress betul..


Pernah terasa tak?..sebenarnya matlamat macam ni akan menyebabkan kita sentiasa stress..tertekan..terutamanya apabila kita tak dapat apa yang kita harapkan..boleh buatkan kita demotivated untuk terus belajar tau..


So, let us turn it to be more positive?

1. Letakkan matlamat..kita bukan belajar untuk exam..tapi sebab kita nak mengetahui 'how things are happen' according to books..jadi, kita belajar untuk dapatkan ilmu..ingat..untuk dapat ilmu..

Contohnya, kita ambil buku 'Organizational Behavior' ..kita baca bab-bab tertentu mengikut minat (contoh..leadership style)..dan terus baca..bila kita terus membaca (macam kita baca buku cerita atau novel)..kadang-kadang secara tak sedar..kita akan berkata-kata dengan diri kita (oh..macam ni rupanya..transactional and transformational leadership..hmm..pensyarah aku ni jenis yang mana satu..ambil contoh secara realiti..orang yang berada di sekeliling kita)..otak mula berfikir dan membuat perkaitan (lah..roomate aku ni ada gaya leaderla..dia ni jenis transformational la sebab...)..

Secara tak langsung, setiap apa yang kita baca akan jadi ilmu yang baru untuk diri kita..then, kita beritahu roomate(yang tak ambil subjek ni pun)..kita dah amik dia sebagai contoh..sebab ciri-ciri yang dia ada..sembang-sembang dengan dia, dengan kawan-kawan yang lain..make it fun..hmm, cepat masuk dalam otak..bila exam..ingat contoh ciri-ciri roomate..insya Allah..waktu tu..takde masalah nak buat huraian..

so, simplify the idea..make it realistic..gunakan kehidupan seharian kita sebagai contoh..yelah..kan kita belajar untuk kehidupan..bukan sebab exam..


2. Setiap ilmu yang kita dapat..tak kisahla..mungkin kita rasa ilmu yang kecil jer..tapi, eloklah kita sampaikan pada orang lain..insya Allah..ilmu tu akan lekat dalam minda kita..

Contohnya, kita baca suratkhabar..lepas dapat maklumat baru ..kita beritahu pada kawan yang ada dengan kita pada waktu tu..setiap soalan yang ditanya, dan setiap jawapan yang kita beri..akan membantu kita untuk mengingati maklumat yang kita baru dapat tu..lagi ramai kawan yang tanya..lagi banyak penerangan yang kita bagi..lagi bertambah mantap pengetahuan kita..percaya atau tak?..percayalah..


3. Bila perlu kita belajar?

Hmm..lain orang lain caranya..tapi, sebaik-baik waktu untuk kita belajar dengan tenang..adalah waktu awal pagi..sebabnya..waktu ni otak kita segar sangat..lepas berehat panjang di malam hari..

Ramai kawan-kawan yang belajar waktu malam..bukan tak baik..tapi...waktu tu..otak kita ni dah penat..seharian bekerja..kesianlah otak..jadi, malam adalah masa terbaik untuk buat ulangan je terhadap apa yang kita belajar di pagi hari..tak perlu lama-lama..ambil masa sekejap untuk ulangan..

Waktu awal pagi pulak, adalah waktu terbaik untuk mula belajar sesuatu yang baru..memahami sesuatu perkara yang baru..percayalah..dengan izin Allah..kita akan mampu memahami perkara yang baru dalam jangka masa yang lebih singkat dengan lebih baik..

Awal pagi tu pukul berapa ye?..untuk diri saya sendiri..eloklah kita bangun seawal jam 4.30 pagi..taklah terlalu awal sebenarnya..dan tak susah sangat pun nak bangun awal pagi..yang penting kita tak boleh tidur terlalu lewat..malam sebelumnya..penting tu..nak bagi otak segar..^_^

Sebelum mula belajar..eloklah..kita buat solat sunat..hmm..tak perlulah banyak-banyak..kalau rasa tak mampu..cukuplah..2 rakaat solat tahajud pun dah cukup baik..biar sikit..yang penting berterusan..betul tak?


4. Macam mana pulak dengan revision?

Macam apa yang dah disebutkan sebelum ni..waktu terbaik untuk buat ulangan adalah di malam hari..lepas solat isyak..tapi..tak perlu lama sangat..kalau 2 jam tu..rasanya paling maksimumlah..yang penting..tak bolehla kita buat ulangkaji secara terus sampai 2 jam..ambil sikit masa untuk relax dan tenangkan fikiran..kalau buat ulangkaji secara berterusan..nanti pening pulak kepala..sebab stress..


5. Restu ummi dan abah..doa ibu bapa amat mustajab..hmm, dah jumpa pensyarah?

Here we go..ni perkara yang sangat penting dalam hidup kita..sebab apa?..tanpa ummi dan abah..kita takkan pernah wujud di muka bumi ni..hargailah mereka..tak kesahla macam mana sekalipun keadaan mereka..baik atau sebaliknya..mungkin ada antara kita yang tak mempunyai hubungan yang baik dengan ummi dan abah masing-masing..atau mempunyai masalah dalam keluarga..tapi..kita harus sedar dan ingat..setiap ummi dan abah juga adalah manusia biasa..tak terlepas daripada melakukan kesilapan..biarlah apa yang mereka telah lakukan..itu semua adalah urusan mereka dengan Allah..tugas kita sebagai anak..menghormati mereka dan memenuhi hak mereka sebagai ibu bapa kita..menurut landasan Islam..(",)

Hmm..memang berat bagi sesetengah daripada kita yang mempunyai pelbagai sejarah hitam keluarga mahupun yang datang daripada keluarga yang bermasalah..tapi, kita harus ingat..redha Allah..bergantung pada redha kedua ibu bapa..penting tu..ingat ye..

Selain ummi dan abah..kita perlu kekalkan hubungan baik kita dengan para guru dan pensyarah..tapi perlu ingat..bukan mengampu..apa yang kita perlu lakukan?..para guru kita tak pernah mengharapkan balasan..cukuplah sekadar kita menghormati mereka..penuhi hak mereka (siapkan tugasan..jujur membuat tugasan..tak boleh 'copy paste' tau..hilang keberkatan segala apa yang kita pelajari)..hmm..tak lupa..sentiasalah doakan kebaikan untuk mereka..insya Allah..kita akan berasa tenang..dan mudah untuk belajar..lebih baik, kita jumap mereka di hari-hari terakhir sebelum peperiksaan..mohonlah dihalalkan segala ilmu..


6. Dah usaha sebaik mungkin..bolehla kita bertawakkal..banyakkan taqarub dengan Allah..

Taqarub?..maksudnya..dekatkan diri kita dengan Allah..bukan di waktu susah dan nak exam semata-mata..tapi, kita mesti sentiasa dekatkan diri padaNya setiap masa..

Bila kita dah usaha sebaik mungkin..kita perlu bertawakal sepenuhnya pada Allah..biar apapun terjadi di masa hadapan (dapat result nanti)..kita kena percaya setiap takdir yang Allah tentukan..itulah yang terbaik untuk diri kita..biarpun takdir tu kita suka atau tak..yang penting kita perlu sentiasa berusaha untuk buat dan dapatkan yang terbaik dalam hidup kita..

Maksud firmanNya..mafhumnya..


7. Masuk peperiksaan dengan hati yang tenang..lapangkan fikiran..buat tak tahu jer kawan-kawan yang sibuk kat keliling kita tu..

Bukan selfish(kadang-kadang..kawan-kawan sempat lagi tanya itu dan ini...waktu on the way ke exam hall dah ni...hmm..tak terlayan)..tapi, inilah masa yang terbaik untuk kita tenangkan fikiran sebelum ke dewan peperiksaan..cukup..kita tak perlu fikirkan lagi apa yang kita dah belajar..apa yang kita dah hafal..apa yang tak sempat nak hafal..inilah masa untuk kita tenangkan fikiran..

Inilah masa terbaik untuk kita telefon atau mesej ummi, abah..dan ahli keluarga terdekat kita..maklumkan pada mereka..kita dah nak masuk dewan peperiksaan..mintalah mereka mendoakan kejayaan kita..dipermudahkan menjawab soalan..doa dan restu daripada mereka di saat genting untuk kita..pasti banyak membantu..dengan izin Allah..

Teringat pulak pada seorang sahabat di UUM..setiap kali nak exam..dia akan beritahu kami (rakan-rakannya)..beliau akan menghadapi exam untuk paper sekian sekian.. beliau berpesan supaya kami menghadiahkan alfatihah untuk dirinya..bila-bila masa sahaja..bila kita teringat pada dirinya..ketika peperiksaan beliau tengah berlangsung..hmm..sebagai sahabat..kita pasti doakan dirinya..bacakan alfatihah untuk sahabat kita tu, tak susah bukan? bayangkan jika sahabat saya tu ada ramai sahabat..agak-agaknya, berapa ramai sahabat yang lain menghadiahkan fatihah dan mendoakan dirinya sepanjang waktu peperiksaan berlangsung..


8. Ilmu yang kita dapat tu, insya Allah, kita takkan lupa..sebab apa? sebab kita belajar untuk kehidupan..bukan lagi peperiksaan..

Last but not least..lepas kita selesai exam, buatlah sujud syukur..tanda kesyukuran kita padaNya..berdoalah..moga segala ilmu yang kita dah pelajari..akan tetap lekat diminda dan juga di hati kita..insyaAllah..bukan sekadar lekat di kertas jawapan kita tu..

Hmm.jangan lupa...telefon ummi dan abah..ucapkan terima kasih atas doa mereka..


Akhir kalam, bittaufiq wan najah..semoga kehidupan kita akan lebih bermakna dengan ilmu yang kita pelajari dan ilmu yang kita sampaikan pada orang lain..take care ^_^

Tuesday, September 15, 2009

Kembara rohani..sebuah perkongsian 2...



Gambar sekitar miqat umrah di Tan'im (Masjid Saidatina 'Aisyah)



~ di Masjid 'Aisyah

~abah dalam bas



~ mujahid dalam bas







~ hawa dalam bas

Hmm..dah lama tak menulis.. hati terasa rindu pulak..huhu..

Musim haji 2008, dah pun berlalu..pantas betul masa..para tetamu Allah untuk musim Haji akan datang dah mula bersiap sedia..terselit rasa cemburu di hati..patut ke kita ada rasa cemburu?..rasionalnya, siapa yang tak teringin nak berkunjung ke rumahNya?

Seringkali para haji dan hajjah yang pulang dari menunaikan haji, menceritakan peristiwa menarik yang berlaku di Makkah dan Madinah..kita terlalu sinonim dengan kisah 'bayaran cash' ketika berada di tanah haramain..walaupun kadang-kadang rasa macam susah untuk dipercayai, tidak dinafikan, sedikit sebanyak, ada juga kebenarannya..

Terkenang beberapa peristiwa 'cash' menarik yang berlaku ketika kami sekeluarga berada di Mekah..peristiwa-peristiwa tersebut mungkin hanya sekadar kebetulan, tapi cukup untuk dijadikan kenangan manis buat kami sekeluarga..

Kisahnya berlaku selepas musim Haji...abah mencadangkan kami membuat umrah selepas solat subuh di Masjidil haram..Ini adalah kali pertama kami menunaikan umrah secara sendirian tanpa mengikut jemaah Malaysia yang lain di pagi hari..kebiasaannya, kami akan mengambil 'coaster' yang telah tersedia menunggu di hadapan pintu Hotel Sevilla (tempat penginapan kami, maktab 77) untuk menuju ke tempat miqat yang paling dekat iaitu di Tan'im..juga dikenali sebagai Masjid 'Aisyah (dikenali Masjid 'Aisyah kerana disitulah tempat Rasulullah meminta Saidatina 'Aisyah bermiqat untuk mengerjakan umrah)..jaraknya lebih kurang 10 minit perjalanan yang laju (sebab orang arab ni memang bawak laju dan kadang-kadang agak mengerikan..hihi)..tambang bagi seorang, lebih kurang SR10..

Untuk pagi tersebut, kami bersarapan dengan sedikit roti yang dibeli di kedai berhadapan masjidil haram..terus menuju ke kawasan bas (walaupun tak nampak pun bas ke tan'im subuh-subuh ni)..kami mencari 'coaster' untuk ke Tan'im..adikku Muiz mengajak kami mencari bas..sebabnya?..dia memang teringin sangat nak naik bas..sambil kami semua berjalan dan mencari 'coaster' yang sesuai memandangkan kami tak jumpa pun bas di kawasan tu, aku memujuknya..memberitahu yang kami semua akan menaiki bas bila hendak ke Madinah nanti..Muiz tetap dengan pendiriannya..bersungguh-sungguh mengajak kami mencari bas di pagi hari (waktu tu memang agak gelap, baru lepas subuh)

Tiba-tiba, datang seorang lelaki, menyapa abah..bertanya sesuatu, kemudian mengajak kami mengikutinya..aku pandang ke hadapan..syukur, alhamdulillah..tercapai jugak impian Muiz untuk menaiki bas..setelah kami semua menaiki sebuah bas berwarna hijau, kami duduk berpasangan..aku membilang-bilang..terdetik di hatiku, sikitnya penumpang..sambil bas bergerak perlahan-lahan, konduktor bas melaungkan "Tan'im..Tan'im..Masjid 'Aisyah..Masjid 'Aisyah" di pintu bas..

Aku melihat keluar tingkap, suasan masih gelap..mungkin belum ramai jemaah yang hendak mengerjakan umrah di pagi hari..mungkin..akhirnya, bas yang bergerak perlahan..telah habis mengelilingi kawasan luar Masjidil Haram..penumpang yang ada kesemuanya lebih kurang 11 orang termasuk kami..bas berhenti buat seketika..kelihatan konduktor bas tersebut bebual-bual dibawah..entah apa yang diperkatakan..beliau kemudiannya, naik semula ke dalam bas..dan mengarahkan kami menukar kenderaan..menaiki sebuah 'coaster'..nampaknya, terpaksalah kami semua bersempit-sempit dalam 'coaster' putih dengan membayar semurah SR 3..berbanding SR 10, kalau kami menaiki coaster di hadapan pintu hotel..syukur..syukur..murah rezeki kami..

Kami semua, alhamdulillah, selamat tiba di Tan'im untuk bermiqat dengan menaiki coaster jugak akhirnya..apapun, impian dan kehendak Muiz untuk menaiki bas tetap tercapai walaupun hanya sekadar 15 minit sahaja ^_^

Hmm, itulah, salah satu peristiwa menarik yang sempat dirakamkan diingatan..peristiwa 'bayar cash' untuk adik Muiz..kami pun tumpang merasa sama..kat atas ni, antara gambar (blur sikit..sebab awal pagi..gelap..hihi) yang sempat diambil dalam bas dan di Masjid Tan'im..



































Sunday, August 23, 2009

Kembara rohani..sebuah perkongsian

Alhamdulillah, setelah diberi ruang dan kesempatan..hadiah dari Allah, kami dapat berkunjung ke rumahNya dalam usia yang agak muda..

Sementara menanti hari 'Arafah, kami melaksanakan tawaf Qudum..tawaf selamat datang, dan juga tawaf-tawaf sunat seperti yang dilaksanakan oleh jutaan jemaah lain..Abah dan ummi banyak memberi tunjuk ajar kepada kami..terutamanya berkenaan dengan rukun dan wajib haji..walaupun kami telah didedahkan dengan rukun dan wajib haji sebelum bertolak ke Mekah, tapi..teori dan praktikal..bukan mudah untuk diadaptasikan..kami juga terikat dengan pantang larang ihram lebih daripada seminggu lamanya..

Kami sentiasa diingatkan mengenai pantang larang ihram oleh Ummi dan Abah terutamanya buat adik-adik..Najah, Mujahid dan Muiz..kadang-kadang apabila bergurau, kami terlupa mengenai pantang larang ihram tu..berlaku satu insiden, di depan lif..sementara menunggu lif yang sentiasa penuh untuk turun ke masjid, kami bergurau..Muiz secara tak sengaja meletakkan kain ihram yang panjang+labuh atas kepala..abah terus menegur tindakan muiz kerana orang lelaki tak boleh menutup kepala ketika berihram..kami yang tengah bergurau, terkedu buat seketika..teguran tersebut membuatkan kami lebih berhati-hati..

Cuaca di Mekah, tidaklah terlalu sejuk seperti yang dijangkakan..kami mendapat maklumat daripada jemaah lain dari Madinah, cuaca disana lebih sejuk..Jadi, abah dan ummi mengajak kami mencari baju sejuk untuk adik-adik..


Gambar sekitar di Mekah, sebelum bermulanya haji..












hmm..insya Allah, kita sambung lagi..^_^

Thursday, August 20, 2009

Marhaban ya Ramadhan..

Alhamdulillah, diam tak diam..Sya'ban menghampiri penghujungnya..Ramadhan bakal menjelma..kurang dari beberapa jam, tibalah ramadhan yang dinanti-nanti..bertambah debaran di dada..mampukah kita memenuhi setiap detik Ramadhan yang bakal dilalui dengan perkara yang bermanfaat?..

Inilah masa yang dinanti-nanti..bulan ibadah penuh keberkatan..bulan digandakan pahala amalan..bulan yang mampu meningkatkan pahala kita sekaligus bulan pengampunan..untuk menghapuskan dosa-dosa..

Allahumma innaka 'afuwun karim tuhibbul 'afwa fa'fuannar..
Ya Allah, Engkau maha pengampun, maka ampunkanlah kami dan jauhkan kami dari siksa api neraka..

Wednesday, August 12, 2009

Kembara rohani..satu permulaan

Buat kesekian kalinya, rasa sedih bertandang di hati..hasrat berkongsi pengalaman ketika menunaikan haji, tidak dapat ditunaikan dalam jangka masa yang singkat..hati ni sentiasa terasa tidak sabar untuk mencoret..banyak sangat perkara yang ingin dikongsi..tapi apakan daya..terlalu banyak cabaran menanti..terutamanya cabaran dengan masa.. Sejuta kemaafan buat sahabat-sahabat yang menanti..

Alhamdulillah, Allah membuka sedikit ruang..dengan izinNya..dapatlah mencuri sedikit masa dari rutin harian yang bertambah padat.. Setelah menunaikan fardhu subuh di King Abdul Aziz Airport, kami terpaksa menunggu agak lama (hampir 4-5 jam menunggu) di ruang yang disediakan untuk jemaah Malaysia..inilah salah satu masa yang amat memenatkan..kami semua keletihan..'jet lagged'..kelihatan para jemaah lain turut kepenatan..disini jugalah kami dididik untuk menambahkan kesabaran.. setelah urusan kastam dan imigresen selesai, akhirnya, passport diserahkan kepada kami..dan kami sedia bertolak dari bumi Jeddah menuju ke daerah kelahiran nabi Muhammad, insan yang dicintai dan dirindui umat Islam seluruh dunia..

Gambar sekitar kawasan menunggu jemaah Malaysia di KAAA






Setelah barang-barang kami dinaikkan ke atas bas oleh petugas pelbagai bangsa, kami diarahkan naik ke dalam bas mengikut nombor bas yang diberi..kami bertuah dapat menaiki bas ketiga..kedudukan kami di dalam bas, hampir sama dengan dalal penerbangan..keadaan bas yang agak sempit menambahkan rasa kurang selesa..ditambah pula dengan kepenatan kami..aku beristighfar panjang..memohon keampunanNya..melihat keadaan di luar bas, keadaan Jemaah lain yang lebih dhaif, betul2 menginsafkan..kami patut bersyukur..Alhamdulillah..

Dalam perjalanan, kami dibekalkan dengan makanan tengahari..melihat kepada makanan yang sedikit asing buatku, aku menyimpannya dahulu..kemudian, aku melayan sedikit kerenah adik Mujahid sebelum dia sendiri tertidur kepenatan..aku mengambil kesempatan merakam gambar di sepanjang perjalanan sebagai tanda ingatan..ditambah dengan rasa tidak percaya..bahawa kami semakin menghampiri rumahNya,aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran..Alhamdulillah..




Dalam bas


Sepanjang perjalanan menuju Sevilla Hotel




Thursday, June 25, 2009

Take a break..

Hampir 4 bulan menyepi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Alhamdulillah, akhirnya, dapat juga meneruskan coretan.. Moga Allah memberi kelapangan masa untuk kita semua dicelah-celah kesibukan terhadap urusan dunia.. Hakikat kehidupan, masa memang mencemburui manusia..bak pepatah arab yang lebih memberi erti berbanding pepatah melayu..masa itu emas..

'Al waqtu kassaif iza lam taqta'ha qatha'ka'..
Mafhumnya..waktu itu seperti pedang..jika kita tidak memotongnya, dia akan memotong kita..

Moga Allah meredhai dan memberkati setiap amalan kita..
Ya Allah, engkau ampunilah kekhilafan kami...


Monday, March 16, 2009

Kembara rohani..King Abdul Aziz Airport

Setelah melalui perjalanan hampir 8 jam, masa yang dinanti-nanti telah tiba..pramugari bertugas membuat pengumuman, meminta kami memakai tali pinggang..dari tingkap, kami dapat melihat cahaya lampu..semakin dekat dan menghampiri kami.. perasaan teruja dan gembira..tidak dapat digambarkan lagi..

Alhamdulillah, tepat jam 10.15 pagi waktu Malaysia= 5.15 pagi waktu Jeddah, kami selamat tiba di bumi Jeddah..bumi penuh barakah..aku sekeluarga bersiap sedia untuk menuruni pesawat Saudi Airlines..abah memberi pesanan..'takpelah, kita bagi laluan pada jemaah lain dulu'..kami menurut pesanan abah..masa yang ada, kami peruntukkan untuk mengambil gambar sebagai kenangan..

Setelah bilangan jemaah surut, kami meneruskan langkah menuruni anak tangga..banyaknya kapal terbang yang tiba..kelihatan kawasan lapangan terbang King Abdul Aziz yang besar..terlalu ramai petugas+ bas yang disediakan untuk membawa kami ke terminal..hmm..kelihatan sangat efisyen..

Bismillahirrahmanirrahim..kami sekeluarga menjejakkan kaki ke bumi Jeddah..



Suasana ketika menuruni kapal terbang



Kami menaiki bas yang cantik yang disediakn untuk ke terminal.. Setelah sampai di terminal, kami bergegas ke tandas untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat Subuh..tiada surau yang disediakan..tapi, semua jemaah solat di terminal dengan beralaskan kain sahaja..terasa begitu mudahnya urusan agama disini..kami dibenarkan solat dimana-mana..tanpa perlukan surau seperti yang sering berlaku di Malaysia..bumi Allah kan luas

Thursday, March 12, 2009

Kembara rohani..Saudi Airlines

"Ibu, mau ayam atau daging", kedengaran suara pramugari Saudi Airlines yang membuatkan mata ku terjaga..kelihatan seorang pramugari sedang mengagihkan makanan kepada seorang makcik tidak jauh dari tempatku..aku melihat jam tanganku, baru pukul 3 pagi..mata terasa pedih, terkena silauan cahaya lampu..masa makan mungkin..tapi, aku masih belum berselera untuk makan kerana masih awal dan terlalu mengantuk..adik Mujahid disebelahku masih tidur..manakala abah dan ummi sedang berbual-bual..adik Muiz, k. Hawa dan adik Najah juga masih melayani mimpi mereka..aku terkebil-kebil memerhatikan pramugari tersebut..

Tidak lama kemudian, pramugari tersebut mendekatiku dan bertanya soalan yang sama..aku lantas memilih ayam buatku dan adik Mujahid yang masih lena..hmm..baru pukul 3..lambat lagi nak sampai..terdetik dalam hatiku..selepas menjamah sedikit makanan, mataku terlelap lagi..

Tepat jam 9 pagi, waktu Malaysia, aku dikejutkan sekali lagi dengan suara pramugari yang menghantar makanan..kali ni kami ada pilihan untuk makan nasi atau mee seperti yang diberitahu oleh pramugari..aku mengubah selera, memilih mee..rupa-rupanya, rezekiku dapat merasa roti jala Saudi Airlines yang dipanggil mee..

Mataku dah segar..begitu juga adik-adikku..wajah mereka begitu gembira sekali..setelah diberitahu oleh ustaz, kami berniat ihram Haji..maka bermulalah pantang larang Haji untuk kami semua..jemaah Haji mula bertalbiah..hatiku sedikit terusik..perasaan gembira dan tak sabar-sabar untuk menjejakkan kaki ke kota Jeddah..hmm..lebih kurang sejam dari sekarang, kami semua akan menjejakkan kaki ke bumi Jeddah, dengan izin Allah..


-abah-

-adik Muiz dan ummi-

- adik Mujahid -

-adik Najah-

p/s-Raihaan dengan k.Hawa mana?..owh..kami kan cameragirl..no pic is needed..(^_^)



Thursday, February 26, 2009

Kembara rohani..perjalanan ke Mekah

Apabila kami hampir tiba di KLIA, aku dan adik-adik sangat gembira..adik-adik memang teringin nak naik train yang ada di KLIA untuk ke destinasi antarabangsa..setelah sampai, rombongan bas kami terus bergerak memasuki kawasan dalam menuju ke bahagian penerbangan antarabangsa..Maka, berkecailah harapan kami termasuklah adik-adik yang beria-ia sangat hendak menaiki train..aku tersenyum..belum ada rezeki, mungkin..(^_^)

Kami menurunkan hand luggage dan beg sandang kami..abah dan ummi membawa adik-adik ke tandas sebelum menaiki flight..kami dipanggil untuk pemeriksaan imigresen mengikut warna boarding pass yang diberikan..aku sekeluarga mendapat boarding pass berwarna hijau..dan kumpulan kami telah terpilih untuk menjadi kumpulan terakhir yang akan menaiki flight nanti..hmm..ini salah satu proses untuk mendidik kami menjadi orang yang bersabar..

Sementara menunggu abah, ummi dan adik-adik..aku dan k.hawa meninjau-ninjau suasana dan keadaan sekeliling..tiba-tiba, pengumuman dibuat, meminta kami menyerahkan hand luggage kepada para petugas untuk disimpan dalam kargo..menurut petugas, Saudi Airlines yang bakal kami naiki mempunyai space compartment yang kecil..maka, datanglah beberapa orang petugas KLIA (Bangladeshi..rasanya)..meminta kami menyerahkan 7 hand luggage kami..aku dan k.hawa sedikit panik..barang-barang yang disimpan dalam hand luggage kami memang hendak digunakan dalam penerbangan nanti..abah dan ummi pula masih di tandas..beberapa kali jugalah kami memberi isyarat pada petugas tersebut supaya tidak mengambil beg kami sehingga abah dan ummi sampai..

Setelah menunggu beberapa ketika, kelihatan abah dan ummi bersama adik-adik..kami menarik nafas kelegaan..setelah mengambil beberapa barang yang diperlukan dan dimasukkan dalam 'beg sekolah'ku, kami bergegas menaiki escalator untuk pemeriksaan pihak imigresen (cop keluar)..Menunggu giliran boarding pass kami, sempatlah juga kami merakamkan beberapa gambar dan video sepanjang di KLIA..

Akhirnya, penumpang yang memegang boarding pass berwarna hijau dipanggil masuk mengikut nombor..kami jugalah yang menjadi insan-insan terakhir meninggalkan Malaysia untuk menaiki 'Saudi Airlines'...
Lebih kurang jam 1.30 pagi waktu Malaysia, kapal terbang bergerak meninggalkan landasannya..Kami bersama-sama membaca doa..Aku yang sangat keletihan semenjak siang, tertidur tanpa sempat menjawab baki-baki soalan daripada adik Mujahid..

Monday, February 16, 2009

Kembara rohani..perjalanan ke KLIA

Kaki melangkah menaiki bas dengan penuh kesyukuran..tempat persinggahan kami silih berganti..bermula dari rumah, ke Putrajaya, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya..dan kini kami akan berangkat ke KLIA, persinggahan terakhir sebelum berlepas dari bumi Malaysia..

Adik-adikku mendahului menaiki bas..kami memilih seat yang paling akhir (memandangkan itu sahaja baki seat yang masih available dalam bas ke tujuh)..seperti kanak-kanak lain..adik-adik memilih untuk duduk di tepi tingkap..kami yang 'agak dewasa' beralah dengan kemahuan mereka..abah, ummi dan muiz duduk di seat yang paling belakang sementara aku bersama adik Mujahid dan k.Hawa bersama adik Najah.

Kami membaca doa memulakan perjalanan bersama-sama..bas kami berhenti di tepi jalan bagi menunggu bas-bas lain..Tepat jam 10.45 malam, bas kami mula bergerak..pergerakan bas kami dan 9 buah bas lain diiringi oleh Polis..kami mendapat laluan yang sangat mudah dengan bantuan mereka..seperti yang diceritakan oleh Prof Kamil dalam bukunya Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, kami dapat merasakan bahawa kamilah tetamuNya yang istimewa..paling istimewa..




Sunday, February 8, 2009

Kembara rohani...KLIA

Setelah selesai pemeriksaan, kami menaiki ruang atas Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya..Abah, adik Mujahid dan adik Muiz bersiap memakai ihram.. melihat ummi yang sibuk membantu adik-adik..aku turut serta..beberapa orang petugas Tabung Haji tersenyum melihat keletah adik Mujahid dan Muiz.. maklumlah, ini kali pertama bagi mereka memakai Ihram..terasa janggal dan seakan tak selesa.. melihat adik Mujahid dan Muiz yang sedikit kekok untuk berjalan setelah memakai ihram..membuat ramai jemaah tersenyum..sekurang-kurangnya kami terhibur disebalik pelbagai perasaan lain..

Ketika mendengar taklimat ringkas daripada petugas Tabung Haji, ahmad telefon daripada Cairo..Kami semua (abah, ummi, k.hawa, aku, adik najah, adik mujahid dan adik muiz) bergilir-gilir berbual dan bertanya khabar..di sebalik perasaan gembira ketika berbual dengan ahmad, terselit rasa sedih dan sayu yang amat sangat..air mata mengalir lagi..aku membayangkan kehadiran ahmad bersama-sama kami pada waktu ini..melihat wajah abah, ummi dan adik-adikku, aku tahu, mereka juga menyembunyikan perasaan sedih mereka seperti aku..apa yang pasti, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi..

Setelah selesai taklimat, seorang wakil jemaah KT 92 melaungkan azan..hati semakin sedih dan sayu..ku tarik nafas panjang..kami beredar ke tingkat bawah mengikut barisan.. memandangkan kami berada di barisan agak belakang, abah mengambil kesempatan untuk merakamkan video.. kami berbaris dan menuruni tangga menuju ke bas yang telah tersedia..kami bersalaman dengan para petugas..'semoga mendapat haji mabrur'..itulah doa daripada mereka..dan itu jugalah harapan dan doa yang kami panjatkan hampir setiap masa..

Kami menaiki bas yang ketujuh..bersama-sama hand luggage yang banyak dan adik-adik yang terkial-kial membawa hand luggage mereka..hmm..mereka sangat teruja untuk menaiki bas..aku juga teruja kerana inilah 'vacation' kali pertama keluarga kami ke destinasi yang jauh..Para petugas melambaikan tangan..terasa seronok dan berkobar-kobar untuk menjadi tetamuNya..




Adik Muiz dan Mujahid

Friday, February 6, 2009

Kembara rohani..persinggahan pertama

29 November 2008

Lebih kurang pukul 6 petang, kami tiba di rumah auntie Huda di Putrajaya.. kepenatan yang kami rasa hilang..diganti dengan rasa teruja memandangkan waktu untuk berangkat semakin hampir.. Setelah berehat seketika dan menjamu selera dengan makanan yang dimasak dan dibawa oleh dati dan jidi dari Johor (disebabkan auntie Huda baru berpindah ke Putrajaya pada hari yang sama), abah dan ummi keluar ke bandar..membeli beberapa keperluan bekalan dalam perjalanan..Sebelum keluar, abah dan ummi sempat berpesan pada kami (aku dan k.Hawa)supaya memastikan adik-adik mandi sunat ihram dan bersedia untuk bertolak selepas Maghrib.

Buku panduan Haji dibelek..kami mengajar adik-adik berniat mandi sunat ihram..hmm.. perasaan berdebar dan teruja makin hangat terasa.. Setelah selesai mandi dan bersiap, kami sekeluarga dihantar ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya oleh Jidi, Dati, Uncle Zainu, Auntie Huda, Uncle Mamat dan Auntie Hanim sekeluarga pada jam 8.15 pm..

Tiba di perkarangan Kompleks, memang ramai jemaah Haji yang dah ada bersama-sama keluarga masing-masing..memandangkan kami merupakan antara kumpulan penerbangan jemaah yang terakhir (KT 92), hampir semua jemaah dah bersiap memakai ihram masing-masing..keadaan sangat sesak..Uncle Zainu yang mengambil alih membawa Trajet meminta izin daripada pak Guard untuk memasuki ruangan dalam pagar..untuk memudahkan kami mengangkat barang-barang..

Setelah barang-barang diangkat, kami bersalaman..air mata menitis untuk kesekian kalinya tanpa rasa segan silu..sebelum ni, rasa macam agak pelik bila tengok orang lain menangis ketika hendak bertolak ke Tanah Suci..kini, aku faham..air mata yang menitis tanda terharu kerana perjalanan dan pengembaraan kami untuk menunaikan ibadahNya serta menuju ke rumahNya semakin hampir..Perpisahan yang berlaku ini juga tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah sementara atau buat selama-lamanya..hmm..

Setelah bersalaman dan mendengar segala nasihat(memandangkan kami bersama adik-adik yang masih kecil..najah-11 tahun, mujahid-9 tahun dan muiz-7 tahun)..kami sekeluarga mencari 'port' yang sesuai..aku membantu abah mengangkat 2 beg yang paling besar..Ummi dan k. Hawa membawa 2 buah lagi beg pakaian..masing-masing juga membawa 'hand luggage'..banyaknya barang..huhu..apabila keadaan macam ni, fikiranku teringat pada Ahmad, adik lelaki yang sepatutnya menjadi assistant abah..

Setelah menunggu seketika, abah dan ummi pergi ke kaunter untuk mendapatkan stiker dan beg sandang kami..Tokcik Min dan keluarganya serta Pak Anjang(adik ummi) tiba di kompleks..kami berbual seketika sebelum pengumuman dibuat oleh petugas Tabung Haji yang meminta kami semua masuk ke ruang dewan.. Masa untuk berpisah..tapi, paksu(adik ummi) masih dalam perjalanan..kami berdoa supaya sempat berjumpa dengan paksu..

Tiba masa untuk memasuki pintu bangunan Tabung Haji..kami melambai pada TokCik Min dan Pak Anjang..ketika beratur, kami ternampak Pak Su..memandangkan masa yang semakin suntuk, kami hanya sempat bersalaman di celah-celah orang yang ramai..Para jemaah mula bertalbiyah...'LabbaikalLahumma labaik..Labbaikala syarikala kala baik..Innalhamda wanni'mata laka walmulk..La syarikalah..'

'Kami datang ya Allah..kami datang..air mata mengalir lagi..sebak rasanya..setiap langkah yang kami aturkan, kami mendekati rumahMu..'Aku berdoa sebanyak mungkin..mohon ampun dan supaya dimudahkan perjalanan..ketika tengah beratur..aku perhatikan..hampir semua jemaah lelaki dah memakai ihram..kecuali abah dan adik-adik..haha..tak sempat nak pakai diluar..abah kelihatan relaks walaupun sekali sekala terpaksa menerangkan sesuatu pada adik Mujahid dan Muiz disebabkan jemaah lelaki dan perempuan beratur di barisan yang berbeza..

Setelah melambai pada Paksu, kami menarik beg yang banyak memasuki bangunan dan bersedia untuk pengambilan pasport, tiket kapal terbang dan pemeriksaan kastam.. Ketika di bahagian kastam, namaku dipanggil..aku sedikit panik..rupa-rupanya dalam hand luggageku ada gunting kecil yang abah dan ummi beli..bagi membolehkan kami melepasi kastam..abah pun kata 'Takpelah, kami sedekahkan je gunting tu pada puan'..aku tergelak..perjalanan kami ke dewan atas diteruskan sementara perjalanan gunting tadi berakhir..hehe..tak ada rezeki nak bawa ke Mekah nampaknya..


p/s..to be continue..sebab assignment Dr.Khulida tengah pending..nak kena hantar esok..(^_^)..hehe..






Kembara rohani..bermula

'Me' dan adik Najah..Maaf ye k.Hawa, tak dapat masuk gambar sebab terpaksa jadi 'photographer'..hehe..on the way ke KL


29 November 2008 (Sabtu)

Awal pagi, hati gembira+ berdebar-debar.. Kami membuat persiapan terakhir.. Memastikan semua beg besar (4 buah) dan 7 hand luggage dilabelkan.. Keluarga terdekat kami tiba.. Kak Anis (roomate di UUM) dan adiknya Athirah datang untuk melawat kami sebelum kami bertolak..

Setelah masuk waktu zohor, kami menunaikan solat zohor dan sunat musafir..Tiba masanya untuk bertolak, kami keluar daripada rumah..ummi kunci pintu..terasa kelainannya..biasanya orang pergi haji, mesti ada orang yang ditinggalkan di rumah..sekaligus akan menjadi 'pic' yang akan menjaga rumah..tapi perkara tu tak berlaku pada kami..rumah kami dikemas rapi..barang-barang berharga semuanya disimpan selamat..barang-barang diangkat dan disimpan di tempat yang tinggi..sebagai persediaan andai rumah kami dilanda banjir yang tidak disangka-sangka seperti apa yang telah berlaku dua tahun yang lalu..walaupun rumah kami ni boleh dikategorikan antara kawasan yang agak tinggi..

Tokcik Said, atuk saudara kami azan di perkarangan rumah kami.. mata aku melilau melihat orang yang ada disekeliling..abah, ummi, k.hawa, adik najah, adik mujahid dan adik muiz.. insan-insan yang akan turut serta dalam pengembaraan..wajah dati dan jidi..tentunya mereka sedih tidak dapat mengikut kami walaupun pada awalnya, mereka adalah orang yang akan turut serta.. wajah atuk-atuk saudara kami, uncle mamat, auntie hanim serta keluarganya dan..atuk-atuk jiran kami..mereka menitiskan air mata.. kami juga menitiskan air mata.. perpisahan buat sementara.. hati jadi sayu... kenapa? sedangkan kami sepatutnya bergembira memandangkan pengembaraan ni disertai oleh orang-orang yang tersayang.. air mata menitis.. terfikir sejenak apakah yang bakal kami lalui sepanjang 41 hari pengembaraan kami..

Permulaan perjalanan bagi kembara rohani kami bermula..pengembaraan ke satu destinasi yang tidak kami ketahui secara details (memandangkan kami mengikut muassasah Tabung Haji..kami akan menerima arahan secara berperingkat)..bagaimana keadaan disana nanti? bagaimana kami akan selesaikan urusan haji kami? mudah ke susah.. semuanya berlegar-legar dalam fikiran kami..

Abah bawak Trajet kami.. Uncle Mamat memadu Estima dengan keluarganya bersama-sama adik Mujahid dan Muiz dan barang-barang kami.. Kami bertolak jam 2.30 pm untuk ke Putrajaya, rumah auntie Huda (kakak abah) sebagai tempat persinggahan kami sebelum mendaftar di Kelana Jaya pada jam 9.30 pm.


Abah drive sendiri ke KL..Trajet akan ditinggalkan di rumah auntie Huda sepeninggalan kami..



Jidi dan Dati turut sama ke KL bersama kami semua.. Uncle Mamat dengan Estimanya 'follow' kami dari belakang..