Friday, February 6, 2009

Kembara rohani..persinggahan pertama

29 November 2008

Lebih kurang pukul 6 petang, kami tiba di rumah auntie Huda di Putrajaya.. kepenatan yang kami rasa hilang..diganti dengan rasa teruja memandangkan waktu untuk berangkat semakin hampir.. Setelah berehat seketika dan menjamu selera dengan makanan yang dimasak dan dibawa oleh dati dan jidi dari Johor (disebabkan auntie Huda baru berpindah ke Putrajaya pada hari yang sama), abah dan ummi keluar ke bandar..membeli beberapa keperluan bekalan dalam perjalanan..Sebelum keluar, abah dan ummi sempat berpesan pada kami (aku dan k.Hawa)supaya memastikan adik-adik mandi sunat ihram dan bersedia untuk bertolak selepas Maghrib.

Buku panduan Haji dibelek..kami mengajar adik-adik berniat mandi sunat ihram..hmm.. perasaan berdebar dan teruja makin hangat terasa.. Setelah selesai mandi dan bersiap, kami sekeluarga dihantar ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya oleh Jidi, Dati, Uncle Zainu, Auntie Huda, Uncle Mamat dan Auntie Hanim sekeluarga pada jam 8.15 pm..

Tiba di perkarangan Kompleks, memang ramai jemaah Haji yang dah ada bersama-sama keluarga masing-masing..memandangkan kami merupakan antara kumpulan penerbangan jemaah yang terakhir (KT 92), hampir semua jemaah dah bersiap memakai ihram masing-masing..keadaan sangat sesak..Uncle Zainu yang mengambil alih membawa Trajet meminta izin daripada pak Guard untuk memasuki ruangan dalam pagar..untuk memudahkan kami mengangkat barang-barang..

Setelah barang-barang diangkat, kami bersalaman..air mata menitis untuk kesekian kalinya tanpa rasa segan silu..sebelum ni, rasa macam agak pelik bila tengok orang lain menangis ketika hendak bertolak ke Tanah Suci..kini, aku faham..air mata yang menitis tanda terharu kerana perjalanan dan pengembaraan kami untuk menunaikan ibadahNya serta menuju ke rumahNya semakin hampir..Perpisahan yang berlaku ini juga tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah sementara atau buat selama-lamanya..hmm..

Setelah bersalaman dan mendengar segala nasihat(memandangkan kami bersama adik-adik yang masih kecil..najah-11 tahun, mujahid-9 tahun dan muiz-7 tahun)..kami sekeluarga mencari 'port' yang sesuai..aku membantu abah mengangkat 2 beg yang paling besar..Ummi dan k. Hawa membawa 2 buah lagi beg pakaian..masing-masing juga membawa 'hand luggage'..banyaknya barang..huhu..apabila keadaan macam ni, fikiranku teringat pada Ahmad, adik lelaki yang sepatutnya menjadi assistant abah..

Setelah menunggu seketika, abah dan ummi pergi ke kaunter untuk mendapatkan stiker dan beg sandang kami..Tokcik Min dan keluarganya serta Pak Anjang(adik ummi) tiba di kompleks..kami berbual seketika sebelum pengumuman dibuat oleh petugas Tabung Haji yang meminta kami semua masuk ke ruang dewan.. Masa untuk berpisah..tapi, paksu(adik ummi) masih dalam perjalanan..kami berdoa supaya sempat berjumpa dengan paksu..

Tiba masa untuk memasuki pintu bangunan Tabung Haji..kami melambai pada TokCik Min dan Pak Anjang..ketika beratur, kami ternampak Pak Su..memandangkan masa yang semakin suntuk, kami hanya sempat bersalaman di celah-celah orang yang ramai..Para jemaah mula bertalbiyah...'LabbaikalLahumma labaik..Labbaikala syarikala kala baik..Innalhamda wanni'mata laka walmulk..La syarikalah..'

'Kami datang ya Allah..kami datang..air mata mengalir lagi..sebak rasanya..setiap langkah yang kami aturkan, kami mendekati rumahMu..'Aku berdoa sebanyak mungkin..mohon ampun dan supaya dimudahkan perjalanan..ketika tengah beratur..aku perhatikan..hampir semua jemaah lelaki dah memakai ihram..kecuali abah dan adik-adik..haha..tak sempat nak pakai diluar..abah kelihatan relaks walaupun sekali sekala terpaksa menerangkan sesuatu pada adik Mujahid dan Muiz disebabkan jemaah lelaki dan perempuan beratur di barisan yang berbeza..

Setelah melambai pada Paksu, kami menarik beg yang banyak memasuki bangunan dan bersedia untuk pengambilan pasport, tiket kapal terbang dan pemeriksaan kastam.. Ketika di bahagian kastam, namaku dipanggil..aku sedikit panik..rupa-rupanya dalam hand luggageku ada gunting kecil yang abah dan ummi beli..bagi membolehkan kami melepasi kastam..abah pun kata 'Takpelah, kami sedekahkan je gunting tu pada puan'..aku tergelak..perjalanan kami ke dewan atas diteruskan sementara perjalanan gunting tadi berakhir..hehe..tak ada rezeki nak bawa ke Mekah nampaknya..


p/s..to be continue..sebab assignment Dr.Khulida tengah pending..nak kena hantar esok..(^_^)..hehe..






No comments:

Post a Comment