Friday, February 6, 2009

Kembara rohani

29 November 2008..

Tarikh yang paling diingati oleh kami sekeluarga.. Alhamdulillah, kami sekeluarga (seramai tujuh orang, abah, ummi, k.hawa,saya, adik najah, adik mujahid, dan adik muiz)telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah.. tetamu ke rumahNya.. setelah pelbagai persediaan dibuat disaat-saat akhir (disebabkan kesibukan peperiksaan yang berakhir pada 25 november 08), tibalah masa untuk kami sekeluarga memulakan pengembaraan kami..

Kenapa kembara?
Sesuai dengan perkataannya, kembara..melibatkan kembara secara fizikal, mental dan spiritual..buat kami adik beradik, ini adalah perjalanan ke Makkah dan Madinah buat kali pertama..pelbagai perasaan yang ada dalam hati kami..bercampur baur..SERONOK sangat sebab terpilih menjadi tetamuNya di usia yang muda bersama keluarga..BERDEBAR-DEBAR..adakah kami dapat menjadi tetamuNya yang istimewa...paling ISTIMEWA..sebab kita pun tahu..tetamu di rumah Allah..bukan seorang..bukan dua..tapi berjuta-juta..dari seluruh pelusuk dunia..adakah kita mampu menjadi hambaNya yang istimewa..SEDIH sebab ahmad tak ada bersama-sama kami..pada awalnya, kami akan pergi bersama ahmad(sekarang di Cairo), dati dan Jidi..manusia merancang, Allah juga mempunyai perancangan yang telah disediakan untuk kita, hambaNya..kami akur dengan ketentuanNya, maka pengembaraan kami ini bermula..

No comments:

Post a Comment