Sunday, August 23, 2009

Kembara rohani..sebuah perkongsian

Alhamdulillah, setelah diberi ruang dan kesempatan..hadiah dari Allah, kami dapat berkunjung ke rumahNya dalam usia yang agak muda..

Sementara menanti hari 'Arafah, kami melaksanakan tawaf Qudum..tawaf selamat datang, dan juga tawaf-tawaf sunat seperti yang dilaksanakan oleh jutaan jemaah lain..Abah dan ummi banyak memberi tunjuk ajar kepada kami..terutamanya berkenaan dengan rukun dan wajib haji..walaupun kami telah didedahkan dengan rukun dan wajib haji sebelum bertolak ke Mekah, tapi..teori dan praktikal..bukan mudah untuk diadaptasikan..kami juga terikat dengan pantang larang ihram lebih daripada seminggu lamanya..

Kami sentiasa diingatkan mengenai pantang larang ihram oleh Ummi dan Abah terutamanya buat adik-adik..Najah, Mujahid dan Muiz..kadang-kadang apabila bergurau, kami terlupa mengenai pantang larang ihram tu..berlaku satu insiden, di depan lif..sementara menunggu lif yang sentiasa penuh untuk turun ke masjid, kami bergurau..Muiz secara tak sengaja meletakkan kain ihram yang panjang+labuh atas kepala..abah terus menegur tindakan muiz kerana orang lelaki tak boleh menutup kepala ketika berihram..kami yang tengah bergurau, terkedu buat seketika..teguran tersebut membuatkan kami lebih berhati-hati..

Cuaca di Mekah, tidaklah terlalu sejuk seperti yang dijangkakan..kami mendapat maklumat daripada jemaah lain dari Madinah, cuaca disana lebih sejuk..Jadi, abah dan ummi mengajak kami mencari baju sejuk untuk adik-adik..


Gambar sekitar di Mekah, sebelum bermulanya haji..












hmm..insya Allah, kita sambung lagi..^_^

Thursday, August 20, 2009

Marhaban ya Ramadhan..

Alhamdulillah, diam tak diam..Sya'ban menghampiri penghujungnya..Ramadhan bakal menjelma..kurang dari beberapa jam, tibalah ramadhan yang dinanti-nanti..bertambah debaran di dada..mampukah kita memenuhi setiap detik Ramadhan yang bakal dilalui dengan perkara yang bermanfaat?..

Inilah masa yang dinanti-nanti..bulan ibadah penuh keberkatan..bulan digandakan pahala amalan..bulan yang mampu meningkatkan pahala kita sekaligus bulan pengampunan..untuk menghapuskan dosa-dosa..

Allahumma innaka 'afuwun karim tuhibbul 'afwa fa'fuannar..
Ya Allah, Engkau maha pengampun, maka ampunkanlah kami dan jauhkan kami dari siksa api neraka..

Wednesday, August 12, 2009

Kembara rohani..satu permulaan

Buat kesekian kalinya, rasa sedih bertandang di hati..hasrat berkongsi pengalaman ketika menunaikan haji, tidak dapat ditunaikan dalam jangka masa yang singkat..hati ni sentiasa terasa tidak sabar untuk mencoret..banyak sangat perkara yang ingin dikongsi..tapi apakan daya..terlalu banyak cabaran menanti..terutamanya cabaran dengan masa.. Sejuta kemaafan buat sahabat-sahabat yang menanti..

Alhamdulillah, Allah membuka sedikit ruang..dengan izinNya..dapatlah mencuri sedikit masa dari rutin harian yang bertambah padat.. Setelah menunaikan fardhu subuh di King Abdul Aziz Airport, kami terpaksa menunggu agak lama (hampir 4-5 jam menunggu) di ruang yang disediakan untuk jemaah Malaysia..inilah salah satu masa yang amat memenatkan..kami semua keletihan..'jet lagged'..kelihatan para jemaah lain turut kepenatan..disini jugalah kami dididik untuk menambahkan kesabaran.. setelah urusan kastam dan imigresen selesai, akhirnya, passport diserahkan kepada kami..dan kami sedia bertolak dari bumi Jeddah menuju ke daerah kelahiran nabi Muhammad, insan yang dicintai dan dirindui umat Islam seluruh dunia..

Gambar sekitar kawasan menunggu jemaah Malaysia di KAAA






Setelah barang-barang kami dinaikkan ke atas bas oleh petugas pelbagai bangsa, kami diarahkan naik ke dalam bas mengikut nombor bas yang diberi..kami bertuah dapat menaiki bas ketiga..kedudukan kami di dalam bas, hampir sama dengan dalal penerbangan..keadaan bas yang agak sempit menambahkan rasa kurang selesa..ditambah pula dengan kepenatan kami..aku beristighfar panjang..memohon keampunanNya..melihat keadaan di luar bas, keadaan Jemaah lain yang lebih dhaif, betul2 menginsafkan..kami patut bersyukur..Alhamdulillah..

Dalam perjalanan, kami dibekalkan dengan makanan tengahari..melihat kepada makanan yang sedikit asing buatku, aku menyimpannya dahulu..kemudian, aku melayan sedikit kerenah adik Mujahid sebelum dia sendiri tertidur kepenatan..aku mengambil kesempatan merakam gambar di sepanjang perjalanan sebagai tanda ingatan..ditambah dengan rasa tidak percaya..bahawa kami semakin menghampiri rumahNya,aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran..Alhamdulillah..




Dalam bas


Sepanjang perjalanan menuju Sevilla Hotel