Thursday, June 25, 2009

Take a break..

Hampir 4 bulan menyepi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Alhamdulillah, akhirnya, dapat juga meneruskan coretan.. Moga Allah memberi kelapangan masa untuk kita semua dicelah-celah kesibukan terhadap urusan dunia.. Hakikat kehidupan, masa memang mencemburui manusia..bak pepatah arab yang lebih memberi erti berbanding pepatah melayu..masa itu emas..

'Al waqtu kassaif iza lam taqta'ha qatha'ka'..
Mafhumnya..waktu itu seperti pedang..jika kita tidak memotongnya, dia akan memotong kita..

Moga Allah meredhai dan memberkati setiap amalan kita..
Ya Allah, engkau ampunilah kekhilafan kami...


Monday, March 16, 2009

Kembara rohani..King Abdul Aziz Airport

Setelah melalui perjalanan hampir 8 jam, masa yang dinanti-nanti telah tiba..pramugari bertugas membuat pengumuman, meminta kami memakai tali pinggang..dari tingkap, kami dapat melihat cahaya lampu..semakin dekat dan menghampiri kami.. perasaan teruja dan gembira..tidak dapat digambarkan lagi..

Alhamdulillah, tepat jam 10.15 pagi waktu Malaysia= 5.15 pagi waktu Jeddah, kami selamat tiba di bumi Jeddah..bumi penuh barakah..aku sekeluarga bersiap sedia untuk menuruni pesawat Saudi Airlines..abah memberi pesanan..'takpelah, kita bagi laluan pada jemaah lain dulu'..kami menurut pesanan abah..masa yang ada, kami peruntukkan untuk mengambil gambar sebagai kenangan..

Setelah bilangan jemaah surut, kami meneruskan langkah menuruni anak tangga..banyaknya kapal terbang yang tiba..kelihatan kawasan lapangan terbang King Abdul Aziz yang besar..terlalu ramai petugas+ bas yang disediakan untuk membawa kami ke terminal..hmm..kelihatan sangat efisyen..

Bismillahirrahmanirrahim..kami sekeluarga menjejakkan kaki ke bumi Jeddah..



Suasana ketika menuruni kapal terbang



Kami menaiki bas yang cantik yang disediakn untuk ke terminal.. Setelah sampai di terminal, kami bergegas ke tandas untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat Subuh..tiada surau yang disediakan..tapi, semua jemaah solat di terminal dengan beralaskan kain sahaja..terasa begitu mudahnya urusan agama disini..kami dibenarkan solat dimana-mana..tanpa perlukan surau seperti yang sering berlaku di Malaysia..bumi Allah kan luas

Thursday, March 12, 2009

Kembara rohani..Saudi Airlines

"Ibu, mau ayam atau daging", kedengaran suara pramugari Saudi Airlines yang membuatkan mata ku terjaga..kelihatan seorang pramugari sedang mengagihkan makanan kepada seorang makcik tidak jauh dari tempatku..aku melihat jam tanganku, baru pukul 3 pagi..mata terasa pedih, terkena silauan cahaya lampu..masa makan mungkin..tapi, aku masih belum berselera untuk makan kerana masih awal dan terlalu mengantuk..adik Mujahid disebelahku masih tidur..manakala abah dan ummi sedang berbual-bual..adik Muiz, k. Hawa dan adik Najah juga masih melayani mimpi mereka..aku terkebil-kebil memerhatikan pramugari tersebut..

Tidak lama kemudian, pramugari tersebut mendekatiku dan bertanya soalan yang sama..aku lantas memilih ayam buatku dan adik Mujahid yang masih lena..hmm..baru pukul 3..lambat lagi nak sampai..terdetik dalam hatiku..selepas menjamah sedikit makanan, mataku terlelap lagi..

Tepat jam 9 pagi, waktu Malaysia, aku dikejutkan sekali lagi dengan suara pramugari yang menghantar makanan..kali ni kami ada pilihan untuk makan nasi atau mee seperti yang diberitahu oleh pramugari..aku mengubah selera, memilih mee..rupa-rupanya, rezekiku dapat merasa roti jala Saudi Airlines yang dipanggil mee..

Mataku dah segar..begitu juga adik-adikku..wajah mereka begitu gembira sekali..setelah diberitahu oleh ustaz, kami berniat ihram Haji..maka bermulalah pantang larang Haji untuk kami semua..jemaah Haji mula bertalbiah..hatiku sedikit terusik..perasaan gembira dan tak sabar-sabar untuk menjejakkan kaki ke kota Jeddah..hmm..lebih kurang sejam dari sekarang, kami semua akan menjejakkan kaki ke bumi Jeddah, dengan izin Allah..


-abah-

-adik Muiz dan ummi-

- adik Mujahid -

-adik Najah-

p/s-Raihaan dengan k.Hawa mana?..owh..kami kan cameragirl..no pic is needed..(^_^)



Thursday, February 26, 2009

Kembara rohani..perjalanan ke Mekah

Apabila kami hampir tiba di KLIA, aku dan adik-adik sangat gembira..adik-adik memang teringin nak naik train yang ada di KLIA untuk ke destinasi antarabangsa..setelah sampai, rombongan bas kami terus bergerak memasuki kawasan dalam menuju ke bahagian penerbangan antarabangsa..Maka, berkecailah harapan kami termasuklah adik-adik yang beria-ia sangat hendak menaiki train..aku tersenyum..belum ada rezeki, mungkin..(^_^)

Kami menurunkan hand luggage dan beg sandang kami..abah dan ummi membawa adik-adik ke tandas sebelum menaiki flight..kami dipanggil untuk pemeriksaan imigresen mengikut warna boarding pass yang diberikan..aku sekeluarga mendapat boarding pass berwarna hijau..dan kumpulan kami telah terpilih untuk menjadi kumpulan terakhir yang akan menaiki flight nanti..hmm..ini salah satu proses untuk mendidik kami menjadi orang yang bersabar..

Sementara menunggu abah, ummi dan adik-adik..aku dan k.hawa meninjau-ninjau suasana dan keadaan sekeliling..tiba-tiba, pengumuman dibuat, meminta kami menyerahkan hand luggage kepada para petugas untuk disimpan dalam kargo..menurut petugas, Saudi Airlines yang bakal kami naiki mempunyai space compartment yang kecil..maka, datanglah beberapa orang petugas KLIA (Bangladeshi..rasanya)..meminta kami menyerahkan 7 hand luggage kami..aku dan k.hawa sedikit panik..barang-barang yang disimpan dalam hand luggage kami memang hendak digunakan dalam penerbangan nanti..abah dan ummi pula masih di tandas..beberapa kali jugalah kami memberi isyarat pada petugas tersebut supaya tidak mengambil beg kami sehingga abah dan ummi sampai..

Setelah menunggu beberapa ketika, kelihatan abah dan ummi bersama adik-adik..kami menarik nafas kelegaan..setelah mengambil beberapa barang yang diperlukan dan dimasukkan dalam 'beg sekolah'ku, kami bergegas menaiki escalator untuk pemeriksaan pihak imigresen (cop keluar)..Menunggu giliran boarding pass kami, sempatlah juga kami merakamkan beberapa gambar dan video sepanjang di KLIA..

Akhirnya, penumpang yang memegang boarding pass berwarna hijau dipanggil masuk mengikut nombor..kami jugalah yang menjadi insan-insan terakhir meninggalkan Malaysia untuk menaiki 'Saudi Airlines'...
Lebih kurang jam 1.30 pagi waktu Malaysia, kapal terbang bergerak meninggalkan landasannya..Kami bersama-sama membaca doa..Aku yang sangat keletihan semenjak siang, tertidur tanpa sempat menjawab baki-baki soalan daripada adik Mujahid..

Monday, February 16, 2009

Kembara rohani..perjalanan ke KLIA

Kaki melangkah menaiki bas dengan penuh kesyukuran..tempat persinggahan kami silih berganti..bermula dari rumah, ke Putrajaya, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya..dan kini kami akan berangkat ke KLIA, persinggahan terakhir sebelum berlepas dari bumi Malaysia..

Adik-adikku mendahului menaiki bas..kami memilih seat yang paling akhir (memandangkan itu sahaja baki seat yang masih available dalam bas ke tujuh)..seperti kanak-kanak lain..adik-adik memilih untuk duduk di tepi tingkap..kami yang 'agak dewasa' beralah dengan kemahuan mereka..abah, ummi dan muiz duduk di seat yang paling belakang sementara aku bersama adik Mujahid dan k.Hawa bersama adik Najah.

Kami membaca doa memulakan perjalanan bersama-sama..bas kami berhenti di tepi jalan bagi menunggu bas-bas lain..Tepat jam 10.45 malam, bas kami mula bergerak..pergerakan bas kami dan 9 buah bas lain diiringi oleh Polis..kami mendapat laluan yang sangat mudah dengan bantuan mereka..seperti yang diceritakan oleh Prof Kamil dalam bukunya Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, kami dapat merasakan bahawa kamilah tetamuNya yang istimewa..paling istimewa..




Sunday, February 8, 2009

Kembara rohani...KLIA

Setelah selesai pemeriksaan, kami menaiki ruang atas Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya..Abah, adik Mujahid dan adik Muiz bersiap memakai ihram.. melihat ummi yang sibuk membantu adik-adik..aku turut serta..beberapa orang petugas Tabung Haji tersenyum melihat keletah adik Mujahid dan Muiz.. maklumlah, ini kali pertama bagi mereka memakai Ihram..terasa janggal dan seakan tak selesa.. melihat adik Mujahid dan Muiz yang sedikit kekok untuk berjalan setelah memakai ihram..membuat ramai jemaah tersenyum..sekurang-kurangnya kami terhibur disebalik pelbagai perasaan lain..

Ketika mendengar taklimat ringkas daripada petugas Tabung Haji, ahmad telefon daripada Cairo..Kami semua (abah, ummi, k.hawa, aku, adik najah, adik mujahid dan adik muiz) bergilir-gilir berbual dan bertanya khabar..di sebalik perasaan gembira ketika berbual dengan ahmad, terselit rasa sedih dan sayu yang amat sangat..air mata mengalir lagi..aku membayangkan kehadiran ahmad bersama-sama kami pada waktu ini..melihat wajah abah, ummi dan adik-adikku, aku tahu, mereka juga menyembunyikan perasaan sedih mereka seperti aku..apa yang pasti, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi..

Setelah selesai taklimat, seorang wakil jemaah KT 92 melaungkan azan..hati semakin sedih dan sayu..ku tarik nafas panjang..kami beredar ke tingkat bawah mengikut barisan.. memandangkan kami berada di barisan agak belakang, abah mengambil kesempatan untuk merakamkan video.. kami berbaris dan menuruni tangga menuju ke bas yang telah tersedia..kami bersalaman dengan para petugas..'semoga mendapat haji mabrur'..itulah doa daripada mereka..dan itu jugalah harapan dan doa yang kami panjatkan hampir setiap masa..

Kami menaiki bas yang ketujuh..bersama-sama hand luggage yang banyak dan adik-adik yang terkial-kial membawa hand luggage mereka..hmm..mereka sangat teruja untuk menaiki bas..aku juga teruja kerana inilah 'vacation' kali pertama keluarga kami ke destinasi yang jauh..Para petugas melambaikan tangan..terasa seronok dan berkobar-kobar untuk menjadi tetamuNya..




Adik Muiz dan Mujahid

Friday, February 6, 2009

Kembara rohani..persinggahan pertama

29 November 2008

Lebih kurang pukul 6 petang, kami tiba di rumah auntie Huda di Putrajaya.. kepenatan yang kami rasa hilang..diganti dengan rasa teruja memandangkan waktu untuk berangkat semakin hampir.. Setelah berehat seketika dan menjamu selera dengan makanan yang dimasak dan dibawa oleh dati dan jidi dari Johor (disebabkan auntie Huda baru berpindah ke Putrajaya pada hari yang sama), abah dan ummi keluar ke bandar..membeli beberapa keperluan bekalan dalam perjalanan..Sebelum keluar, abah dan ummi sempat berpesan pada kami (aku dan k.Hawa)supaya memastikan adik-adik mandi sunat ihram dan bersedia untuk bertolak selepas Maghrib.

Buku panduan Haji dibelek..kami mengajar adik-adik berniat mandi sunat ihram..hmm.. perasaan berdebar dan teruja makin hangat terasa.. Setelah selesai mandi dan bersiap, kami sekeluarga dihantar ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya oleh Jidi, Dati, Uncle Zainu, Auntie Huda, Uncle Mamat dan Auntie Hanim sekeluarga pada jam 8.15 pm..

Tiba di perkarangan Kompleks, memang ramai jemaah Haji yang dah ada bersama-sama keluarga masing-masing..memandangkan kami merupakan antara kumpulan penerbangan jemaah yang terakhir (KT 92), hampir semua jemaah dah bersiap memakai ihram masing-masing..keadaan sangat sesak..Uncle Zainu yang mengambil alih membawa Trajet meminta izin daripada pak Guard untuk memasuki ruangan dalam pagar..untuk memudahkan kami mengangkat barang-barang..

Setelah barang-barang diangkat, kami bersalaman..air mata menitis untuk kesekian kalinya tanpa rasa segan silu..sebelum ni, rasa macam agak pelik bila tengok orang lain menangis ketika hendak bertolak ke Tanah Suci..kini, aku faham..air mata yang menitis tanda terharu kerana perjalanan dan pengembaraan kami untuk menunaikan ibadahNya serta menuju ke rumahNya semakin hampir..Perpisahan yang berlaku ini juga tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah sementara atau buat selama-lamanya..hmm..

Setelah bersalaman dan mendengar segala nasihat(memandangkan kami bersama adik-adik yang masih kecil..najah-11 tahun, mujahid-9 tahun dan muiz-7 tahun)..kami sekeluarga mencari 'port' yang sesuai..aku membantu abah mengangkat 2 beg yang paling besar..Ummi dan k. Hawa membawa 2 buah lagi beg pakaian..masing-masing juga membawa 'hand luggage'..banyaknya barang..huhu..apabila keadaan macam ni, fikiranku teringat pada Ahmad, adik lelaki yang sepatutnya menjadi assistant abah..

Setelah menunggu seketika, abah dan ummi pergi ke kaunter untuk mendapatkan stiker dan beg sandang kami..Tokcik Min dan keluarganya serta Pak Anjang(adik ummi) tiba di kompleks..kami berbual seketika sebelum pengumuman dibuat oleh petugas Tabung Haji yang meminta kami semua masuk ke ruang dewan.. Masa untuk berpisah..tapi, paksu(adik ummi) masih dalam perjalanan..kami berdoa supaya sempat berjumpa dengan paksu..

Tiba masa untuk memasuki pintu bangunan Tabung Haji..kami melambai pada TokCik Min dan Pak Anjang..ketika beratur, kami ternampak Pak Su..memandangkan masa yang semakin suntuk, kami hanya sempat bersalaman di celah-celah orang yang ramai..Para jemaah mula bertalbiyah...'LabbaikalLahumma labaik..Labbaikala syarikala kala baik..Innalhamda wanni'mata laka walmulk..La syarikalah..'

'Kami datang ya Allah..kami datang..air mata mengalir lagi..sebak rasanya..setiap langkah yang kami aturkan, kami mendekati rumahMu..'Aku berdoa sebanyak mungkin..mohon ampun dan supaya dimudahkan perjalanan..ketika tengah beratur..aku perhatikan..hampir semua jemaah lelaki dah memakai ihram..kecuali abah dan adik-adik..haha..tak sempat nak pakai diluar..abah kelihatan relaks walaupun sekali sekala terpaksa menerangkan sesuatu pada adik Mujahid dan Muiz disebabkan jemaah lelaki dan perempuan beratur di barisan yang berbeza..

Setelah melambai pada Paksu, kami menarik beg yang banyak memasuki bangunan dan bersedia untuk pengambilan pasport, tiket kapal terbang dan pemeriksaan kastam.. Ketika di bahagian kastam, namaku dipanggil..aku sedikit panik..rupa-rupanya dalam hand luggageku ada gunting kecil yang abah dan ummi beli..bagi membolehkan kami melepasi kastam..abah pun kata 'Takpelah, kami sedekahkan je gunting tu pada puan'..aku tergelak..perjalanan kami ke dewan atas diteruskan sementara perjalanan gunting tadi berakhir..hehe..tak ada rezeki nak bawa ke Mekah nampaknya..


p/s..to be continue..sebab assignment Dr.Khulida tengah pending..nak kena hantar esok..(^_^)..hehe..