Tuesday, September 15, 2009

Kembara rohani..sebuah perkongsian 2...



Gambar sekitar miqat umrah di Tan'im (Masjid Saidatina 'Aisyah)



~ di Masjid 'Aisyah

~abah dalam bas



~ mujahid dalam bas







~ hawa dalam bas

Hmm..dah lama tak menulis.. hati terasa rindu pulak..huhu..

Musim haji 2008, dah pun berlalu..pantas betul masa..para tetamu Allah untuk musim Haji akan datang dah mula bersiap sedia..terselit rasa cemburu di hati..patut ke kita ada rasa cemburu?..rasionalnya, siapa yang tak teringin nak berkunjung ke rumahNya?

Seringkali para haji dan hajjah yang pulang dari menunaikan haji, menceritakan peristiwa menarik yang berlaku di Makkah dan Madinah..kita terlalu sinonim dengan kisah 'bayaran cash' ketika berada di tanah haramain..walaupun kadang-kadang rasa macam susah untuk dipercayai, tidak dinafikan, sedikit sebanyak, ada juga kebenarannya..

Terkenang beberapa peristiwa 'cash' menarik yang berlaku ketika kami sekeluarga berada di Mekah..peristiwa-peristiwa tersebut mungkin hanya sekadar kebetulan, tapi cukup untuk dijadikan kenangan manis buat kami sekeluarga..

Kisahnya berlaku selepas musim Haji...abah mencadangkan kami membuat umrah selepas solat subuh di Masjidil haram..Ini adalah kali pertama kami menunaikan umrah secara sendirian tanpa mengikut jemaah Malaysia yang lain di pagi hari..kebiasaannya, kami akan mengambil 'coaster' yang telah tersedia menunggu di hadapan pintu Hotel Sevilla (tempat penginapan kami, maktab 77) untuk menuju ke tempat miqat yang paling dekat iaitu di Tan'im..juga dikenali sebagai Masjid 'Aisyah (dikenali Masjid 'Aisyah kerana disitulah tempat Rasulullah meminta Saidatina 'Aisyah bermiqat untuk mengerjakan umrah)..jaraknya lebih kurang 10 minit perjalanan yang laju (sebab orang arab ni memang bawak laju dan kadang-kadang agak mengerikan..hihi)..tambang bagi seorang, lebih kurang SR10..

Untuk pagi tersebut, kami bersarapan dengan sedikit roti yang dibeli di kedai berhadapan masjidil haram..terus menuju ke kawasan bas (walaupun tak nampak pun bas ke tan'im subuh-subuh ni)..kami mencari 'coaster' untuk ke Tan'im..adikku Muiz mengajak kami mencari bas..sebabnya?..dia memang teringin sangat nak naik bas..sambil kami semua berjalan dan mencari 'coaster' yang sesuai memandangkan kami tak jumpa pun bas di kawasan tu, aku memujuknya..memberitahu yang kami semua akan menaiki bas bila hendak ke Madinah nanti..Muiz tetap dengan pendiriannya..bersungguh-sungguh mengajak kami mencari bas di pagi hari (waktu tu memang agak gelap, baru lepas subuh)

Tiba-tiba, datang seorang lelaki, menyapa abah..bertanya sesuatu, kemudian mengajak kami mengikutinya..aku pandang ke hadapan..syukur, alhamdulillah..tercapai jugak impian Muiz untuk menaiki bas..setelah kami semua menaiki sebuah bas berwarna hijau, kami duduk berpasangan..aku membilang-bilang..terdetik di hatiku, sikitnya penumpang..sambil bas bergerak perlahan-lahan, konduktor bas melaungkan "Tan'im..Tan'im..Masjid 'Aisyah..Masjid 'Aisyah" di pintu bas..

Aku melihat keluar tingkap, suasan masih gelap..mungkin belum ramai jemaah yang hendak mengerjakan umrah di pagi hari..mungkin..akhirnya, bas yang bergerak perlahan..telah habis mengelilingi kawasan luar Masjidil Haram..penumpang yang ada kesemuanya lebih kurang 11 orang termasuk kami..bas berhenti buat seketika..kelihatan konduktor bas tersebut bebual-bual dibawah..entah apa yang diperkatakan..beliau kemudiannya, naik semula ke dalam bas..dan mengarahkan kami menukar kenderaan..menaiki sebuah 'coaster'..nampaknya, terpaksalah kami semua bersempit-sempit dalam 'coaster' putih dengan membayar semurah SR 3..berbanding SR 10, kalau kami menaiki coaster di hadapan pintu hotel..syukur..syukur..murah rezeki kami..

Kami semua, alhamdulillah, selamat tiba di Tan'im untuk bermiqat dengan menaiki coaster jugak akhirnya..apapun, impian dan kehendak Muiz untuk menaiki bas tetap tercapai walaupun hanya sekadar 15 minit sahaja ^_^

Hmm, itulah, salah satu peristiwa menarik yang sempat dirakamkan diingatan..peristiwa 'bayar cash' untuk adik Muiz..kami pun tumpang merasa sama..kat atas ni, antara gambar (blur sikit..sebab awal pagi..gelap..hihi) yang sempat diambil dalam bas dan di Masjid Tan'im..



































Sunday, August 23, 2009

Kembara rohani..sebuah perkongsian

Alhamdulillah, setelah diberi ruang dan kesempatan..hadiah dari Allah, kami dapat berkunjung ke rumahNya dalam usia yang agak muda..

Sementara menanti hari 'Arafah, kami melaksanakan tawaf Qudum..tawaf selamat datang, dan juga tawaf-tawaf sunat seperti yang dilaksanakan oleh jutaan jemaah lain..Abah dan ummi banyak memberi tunjuk ajar kepada kami..terutamanya berkenaan dengan rukun dan wajib haji..walaupun kami telah didedahkan dengan rukun dan wajib haji sebelum bertolak ke Mekah, tapi..teori dan praktikal..bukan mudah untuk diadaptasikan..kami juga terikat dengan pantang larang ihram lebih daripada seminggu lamanya..

Kami sentiasa diingatkan mengenai pantang larang ihram oleh Ummi dan Abah terutamanya buat adik-adik..Najah, Mujahid dan Muiz..kadang-kadang apabila bergurau, kami terlupa mengenai pantang larang ihram tu..berlaku satu insiden, di depan lif..sementara menunggu lif yang sentiasa penuh untuk turun ke masjid, kami bergurau..Muiz secara tak sengaja meletakkan kain ihram yang panjang+labuh atas kepala..abah terus menegur tindakan muiz kerana orang lelaki tak boleh menutup kepala ketika berihram..kami yang tengah bergurau, terkedu buat seketika..teguran tersebut membuatkan kami lebih berhati-hati..

Cuaca di Mekah, tidaklah terlalu sejuk seperti yang dijangkakan..kami mendapat maklumat daripada jemaah lain dari Madinah, cuaca disana lebih sejuk..Jadi, abah dan ummi mengajak kami mencari baju sejuk untuk adik-adik..


Gambar sekitar di Mekah, sebelum bermulanya haji..












hmm..insya Allah, kita sambung lagi..^_^

Thursday, August 20, 2009

Marhaban ya Ramadhan..

Alhamdulillah, diam tak diam..Sya'ban menghampiri penghujungnya..Ramadhan bakal menjelma..kurang dari beberapa jam, tibalah ramadhan yang dinanti-nanti..bertambah debaran di dada..mampukah kita memenuhi setiap detik Ramadhan yang bakal dilalui dengan perkara yang bermanfaat?..

Inilah masa yang dinanti-nanti..bulan ibadah penuh keberkatan..bulan digandakan pahala amalan..bulan yang mampu meningkatkan pahala kita sekaligus bulan pengampunan..untuk menghapuskan dosa-dosa..

Allahumma innaka 'afuwun karim tuhibbul 'afwa fa'fuannar..
Ya Allah, Engkau maha pengampun, maka ampunkanlah kami dan jauhkan kami dari siksa api neraka..

Wednesday, August 12, 2009

Kembara rohani..satu permulaan

Buat kesekian kalinya, rasa sedih bertandang di hati..hasrat berkongsi pengalaman ketika menunaikan haji, tidak dapat ditunaikan dalam jangka masa yang singkat..hati ni sentiasa terasa tidak sabar untuk mencoret..banyak sangat perkara yang ingin dikongsi..tapi apakan daya..terlalu banyak cabaran menanti..terutamanya cabaran dengan masa.. Sejuta kemaafan buat sahabat-sahabat yang menanti..

Alhamdulillah, Allah membuka sedikit ruang..dengan izinNya..dapatlah mencuri sedikit masa dari rutin harian yang bertambah padat.. Setelah menunaikan fardhu subuh di King Abdul Aziz Airport, kami terpaksa menunggu agak lama (hampir 4-5 jam menunggu) di ruang yang disediakan untuk jemaah Malaysia..inilah salah satu masa yang amat memenatkan..kami semua keletihan..'jet lagged'..kelihatan para jemaah lain turut kepenatan..disini jugalah kami dididik untuk menambahkan kesabaran.. setelah urusan kastam dan imigresen selesai, akhirnya, passport diserahkan kepada kami..dan kami sedia bertolak dari bumi Jeddah menuju ke daerah kelahiran nabi Muhammad, insan yang dicintai dan dirindui umat Islam seluruh dunia..

Gambar sekitar kawasan menunggu jemaah Malaysia di KAAA






Setelah barang-barang kami dinaikkan ke atas bas oleh petugas pelbagai bangsa, kami diarahkan naik ke dalam bas mengikut nombor bas yang diberi..kami bertuah dapat menaiki bas ketiga..kedudukan kami di dalam bas, hampir sama dengan dalal penerbangan..keadaan bas yang agak sempit menambahkan rasa kurang selesa..ditambah pula dengan kepenatan kami..aku beristighfar panjang..memohon keampunanNya..melihat keadaan di luar bas, keadaan Jemaah lain yang lebih dhaif, betul2 menginsafkan..kami patut bersyukur..Alhamdulillah..

Dalam perjalanan, kami dibekalkan dengan makanan tengahari..melihat kepada makanan yang sedikit asing buatku, aku menyimpannya dahulu..kemudian, aku melayan sedikit kerenah adik Mujahid sebelum dia sendiri tertidur kepenatan..aku mengambil kesempatan merakam gambar di sepanjang perjalanan sebagai tanda ingatan..ditambah dengan rasa tidak percaya..bahawa kami semakin menghampiri rumahNya,aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran..Alhamdulillah..




Dalam bas


Sepanjang perjalanan menuju Sevilla Hotel




Thursday, June 25, 2009

Take a break..

Hampir 4 bulan menyepi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Alhamdulillah, akhirnya, dapat juga meneruskan coretan.. Moga Allah memberi kelapangan masa untuk kita semua dicelah-celah kesibukan terhadap urusan dunia.. Hakikat kehidupan, masa memang mencemburui manusia..bak pepatah arab yang lebih memberi erti berbanding pepatah melayu..masa itu emas..

'Al waqtu kassaif iza lam taqta'ha qatha'ka'..
Mafhumnya..waktu itu seperti pedang..jika kita tidak memotongnya, dia akan memotong kita..

Moga Allah meredhai dan memberkati setiap amalan kita..
Ya Allah, engkau ampunilah kekhilafan kami...


Monday, March 16, 2009

Kembara rohani..King Abdul Aziz Airport

Setelah melalui perjalanan hampir 8 jam, masa yang dinanti-nanti telah tiba..pramugari bertugas membuat pengumuman, meminta kami memakai tali pinggang..dari tingkap, kami dapat melihat cahaya lampu..semakin dekat dan menghampiri kami.. perasaan teruja dan gembira..tidak dapat digambarkan lagi..

Alhamdulillah, tepat jam 10.15 pagi waktu Malaysia= 5.15 pagi waktu Jeddah, kami selamat tiba di bumi Jeddah..bumi penuh barakah..aku sekeluarga bersiap sedia untuk menuruni pesawat Saudi Airlines..abah memberi pesanan..'takpelah, kita bagi laluan pada jemaah lain dulu'..kami menurut pesanan abah..masa yang ada, kami peruntukkan untuk mengambil gambar sebagai kenangan..

Setelah bilangan jemaah surut, kami meneruskan langkah menuruni anak tangga..banyaknya kapal terbang yang tiba..kelihatan kawasan lapangan terbang King Abdul Aziz yang besar..terlalu ramai petugas+ bas yang disediakan untuk membawa kami ke terminal..hmm..kelihatan sangat efisyen..

Bismillahirrahmanirrahim..kami sekeluarga menjejakkan kaki ke bumi Jeddah..



Suasana ketika menuruni kapal terbang



Kami menaiki bas yang cantik yang disediakn untuk ke terminal.. Setelah sampai di terminal, kami bergegas ke tandas untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat Subuh..tiada surau yang disediakan..tapi, semua jemaah solat di terminal dengan beralaskan kain sahaja..terasa begitu mudahnya urusan agama disini..kami dibenarkan solat dimana-mana..tanpa perlukan surau seperti yang sering berlaku di Malaysia..bumi Allah kan luas

Thursday, March 12, 2009

Kembara rohani..Saudi Airlines

"Ibu, mau ayam atau daging", kedengaran suara pramugari Saudi Airlines yang membuatkan mata ku terjaga..kelihatan seorang pramugari sedang mengagihkan makanan kepada seorang makcik tidak jauh dari tempatku..aku melihat jam tanganku, baru pukul 3 pagi..mata terasa pedih, terkena silauan cahaya lampu..masa makan mungkin..tapi, aku masih belum berselera untuk makan kerana masih awal dan terlalu mengantuk..adik Mujahid disebelahku masih tidur..manakala abah dan ummi sedang berbual-bual..adik Muiz, k. Hawa dan adik Najah juga masih melayani mimpi mereka..aku terkebil-kebil memerhatikan pramugari tersebut..

Tidak lama kemudian, pramugari tersebut mendekatiku dan bertanya soalan yang sama..aku lantas memilih ayam buatku dan adik Mujahid yang masih lena..hmm..baru pukul 3..lambat lagi nak sampai..terdetik dalam hatiku..selepas menjamah sedikit makanan, mataku terlelap lagi..

Tepat jam 9 pagi, waktu Malaysia, aku dikejutkan sekali lagi dengan suara pramugari yang menghantar makanan..kali ni kami ada pilihan untuk makan nasi atau mee seperti yang diberitahu oleh pramugari..aku mengubah selera, memilih mee..rupa-rupanya, rezekiku dapat merasa roti jala Saudi Airlines yang dipanggil mee..

Mataku dah segar..begitu juga adik-adikku..wajah mereka begitu gembira sekali..setelah diberitahu oleh ustaz, kami berniat ihram Haji..maka bermulalah pantang larang Haji untuk kami semua..jemaah Haji mula bertalbiah..hatiku sedikit terusik..perasaan gembira dan tak sabar-sabar untuk menjejakkan kaki ke kota Jeddah..hmm..lebih kurang sejam dari sekarang, kami semua akan menjejakkan kaki ke bumi Jeddah, dengan izin Allah..


-abah-

-adik Muiz dan ummi-

- adik Mujahid -

-adik Najah-

p/s-Raihaan dengan k.Hawa mana?..owh..kami kan cameragirl..no pic is needed..(^_^)